fb fb fb fb fb

Polis India menahan 1,800 lelaki, mengatur perkahwinan bawah umur

GUWAHATI, 4 Februari - Polis di Assam, India memberkas lebih 1,800 lelaki kerana berkahwin atau mengatur perkahwinan dengan budak perempuan bawah umur.

Ketua Menteri wilayah Assam, Himanta Biswa Sarma menggelar langkah itu sebagai operasi berterusan untuk mengekang perbuatan tersebut.


(Krishna, 14, menghayunkan bayinya yang berusia empat bulan Alok di anjung rumahnya di sebuah
kampung berhampiran Baran, terletak di negeri barat laut Rajasthan,
Krishna telah berkahwin pada usia 11tahun. / Foto Reuters)

Polis mula memberkas lelaki-lelaki berkenaan pada Khamis malam.

Lebih ramai dijangka ditangkap, termasuk mereka yang membantu untuk mendaftarkan perkahwinan sedemikian di kuil dan masjid.

Sarma menegaskan perkahwinan bawah umur adalah penyebab utama kehamilan pada usia kanak-kanak, yang menyebabkan kadar kematian ibu dan bayi yang tinggi.

Perkahwinan bawah usia 18 tahun dilarang di India tetapi undang-undang itu dilanggar secara terang-terangan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan jumlah perkahwinan kanak-kanak di India adalah tertinggi di dunia, sekitar 223 juta.

Hampir 1.5 juta kanak-kanak perempuan bawah umur dikahwinkan setiap tahun.

Pemerintah wilayah Assam mendaftarkan kes berhubung perkahwinan bawah umur terhadap 4,004 individu. - Reuters


Media Baharu