fb fb fb fb fb

Pilihan Raya Presiden AS: Harris dahului Trump

Naib Presiden AS, Kamala Harris/Foto REUTERS

WASHINGTON, 24 Julai-Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris mendahului pesaingnya, Donald Trump sebanyak dua peratus elepas Presiden Joe Biden menarik dari daripada bertanding dan menyerahkan baton kepada Harris.

Tinjauan Reuters/Ipsos minggu lalu mendedahkan Biden kekurangan dua mata ketika bersaing dengan Trump sebelum menarik diri pada Ahad.

Tinjauan baharu itu, yang dijalankan pada Isnin dan Selasa itu serentak dengan Konvensyen Kebangsaan Republikan yang diadakan pada Khamis menyaksikan Trump secara rasmi menerima pencalonan mewakili parti berkenaan selain pengumuman Biden yang menarik diri daripada pilihan raya Presiden dan menyokong Harris.

Harris mendahului Trump sebanyak 44 peratus dan 42 peratus dalam tinjauan nasional.

Pada tinjauan pendapat yang dilakukan minggu lalu, Harris dan Trump terikat pada 44%. Manakala pada awal Julai lalu, Trump mendahului satu peratus.

Walaupun tinjauan di seluruh negara memberikan isyarat penting sokongan Amerika untuk calon politik, segelintir negeri yang berdaya saing biasanya memiringkan keseimbangan di Kolej Pilihan Raya A.S yang akhirnya memutuskan siapa akan memenangi pilihan raya presiden.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD