fb fb fb fb fb

Sukan Olimpik Paris 2024: IOC jangka temasya kali ini menakjubkan

Sukan Olimpik Paris 2024 akan menjadi satu acara yang menakjubkan , walaupun dunia kini berdepan gangguan global dan kemelut perpecahan yang semakin meningkat / Foto Reuters

PARIS, 24 Julai - Sukan Olimpik Paris 2024 akan menjadi satu acara yang menakjubkan , walaupun dunia kini berdepan gangguan global dan kemelut perpecahan yang semakin meningkat.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach berkata edisi kali ini yang diadakan di Paris, Perancis akan menyaksikan beberapa catatan sejarah buat kali pertama.

Katanya, ini termasuk upacara pembukaan yang diadakan di kawasan terbuka sepanjang Sungai Seine, berbeza dengan upacara tradisi iaitu di dalam stadium.

Temasya itu juga akan menggabungkan mercu tanda utama bandar berkenaan, termasuk Menara Eiffel ke dalam pertandingan selain acara luncur air yang diadakan di Tahiti iaitu terletak 15,000 kilometer dari gelanggang utama.

Temasya kali ini juga akan menjadi Olimpik pertama yang mempunyai persamaan jantina dengan jumlah atlet lelaki dan wanita yang sama ramai.

Lebih 10,500 atlet yang mewakili 206 Jawatankuasa Olimpik kebangsaan akan bertanding pada acara pelbagai sukan selama 16 hari itu, 100 tahun sejak kali terakhir ibu kota Perancis mengadakannya, dengan lebih 30,000 pegawai keselamatan bertugas.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN