fb fb fb fb fb

Petugas pos Sistem Amaran Utara Kanada terbunuh diserang dua beruang kutub

FOTO HIASAN / REUTERS

OTTAWA, 10 Ogos- Dua ekor beruang kutub telah menyerang dan membunuh seorang pekerja di sebuah tapak kerajaan terpencil di Artik Kanada, menurut pengendali kemudahan tersebut pada hari Jumaat.

Serangan tersebut berlaku pada hari Khamis di pos terpencil di Pulau Brevoort, di wilayah Nunavut yang jauh di timur laut Kanada, kata Nasittuq Corporation, syarikat logistik yang diupah untuk mengendalikan tapak tersebut.

"Serangan oleh dua beruang kutub telah mengakibatkan kehilangan salah seorang pekerja kami yang dihargai," katanya. "Pekerja Nasittuq bertindak balas di tempat kejadian dan salah satu haiwan tersebut telah dibunuh."

Tapak tersebut adalah salah satu daripada puluhan pos Sistem Amaran Utara yang terletak di utara Kanada, membentuk barisan pengawasan terhadap pencerobohan pesawat atau serangan peluru berpandu jelajah.

Liputan radar berkenaan merangkumi lebih 5,000 kilometer dari Alaska hingga Labrador di timur Kanada.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE