fb fb fb fb fb

Pesawat tentera terhempas, 46 terbunuh di Sudan

Foto Hiasan

PORT SUDAN, 26 Februari- Seramai 46 orang terbunuh apabila sebuah pesawat pengangkutan tentera terhempas di kawasan perumahan di pinggir ibu negara Sudan, Khartoum.

Perkara itu disahkan oleh pejabat media negeri pada Rabu.

"Jumlah korban meningkat kepada 46 orang, dengan 10 lagi cedera," menurut kenyataan itu mengenai nahas yang berlaku pada malam Selasa.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan melaporkan sekurang-kurangnya 19 kematian, namun angka tersebut meningkat selepas pasukan penyelamat menemukan lebih banyak mayat di lokasi kejadian.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM