WASHINGTON, 16 November - Sebuah pesawat Southwest Airlines dilaporkan terkena tembakan semasa berlepas dari Lapangan Terbang Love Field, Dallas pada Jumaat, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).
Menurut kenyataan FAA, "Semasa bergerak untuk berlepas, Pesawat Southwest Airlines Penerbangan 2494 dilaporkan terkena tembakan berhampiran kokpit. Pesawat Boeing 737-800 itu kemudiannya kembali ke pintu gerbang dan penumpang dibenarkan keluar.
Kejadian berlaku sekitar pukul 8:30 malam waktu tempatan dengan penerbangan tersebut menuju dari Dallas, Texas, ke Indianapolis, Indiana.
Tiada kecederaan dilaporkan berhubung insiden itu, menurut kenyataan dari Lapangan Terbang Love Field melalui platform media sosial X.-AFP