fb fb fb fb fb

Perang dagang: China gesa AS betulkan amalan salah jika mahu berbincang

Gesaan dibuat China menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Perdagangannya

Beijing, 2 Mei - China menggesa Amerika Syarikat (AS) membetulkan amalan salahnya jika mahu mengadakan perbincangan berhubung perang perdagangan.

Gesaan dibuat China menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Perdagangannya.

"AS harus menunjukkan keikhlasannya untuk berbuat demikian, bersedia untuk membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif unilateral," kata kenyataan tersebut.

Perang perdagangan antara dua negara kuasa besar itu semakin memuncak susulan tindakan AS melaksanakan tarif balas ke atas China dengan kadar sehingga 145%.

Sebagai tindak balas, China menaikkan tarif ke atas produk import dari AS kepada kadar 125%.

Langkah-langkah ini telah meningkatkan ketegangan perdagangan global dan menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan ekonomi antarabangsa.

ANDY REZA ROHADIAN BIN KHAIRUL ANWAR