PARIS, 20 Julai - Kementerian Luar Negeri Perancis menggesa semua pihak agar menghormati gencatan senjata yang diumumkan pada Sabtu bagi wilayah Sweida di Syria, di mana pertempuran di antara pejuang puak masih berterusan dengan pejuang Druze walaupun perjanjian damai telah dibuat.
"Perancis mengalu-alukan pengumuman gencatan senjata di wilayah Sweida. Ia menggesa semua pihak untuk mematuhinya dengan tegas.
"Pertempuran dan keganasan mesti dihentikan serta-merta." kata kementerian itu.-AFP