fb fb fb fb fb

Perahu dipukul ribut, nelayan dua beradik ditemukan lemas

(Semasa kejadian kedua-dua mangsa yang juga adik-beradik dikatakan keluar untuk memukat udang)

KUALA KEDAH, 6 Jun- Dua nelayan ditemukan lemas setelah perahu yang mereka naiki dipercayai dipukul ribut di perairan Kuala Sala, Kuala Kedah, awal pagi tadi.

Semasa kejadian kedua-dua mangsa yang juga adik-beradik dikatakan keluar untuk memukat udang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azeyanti Ishak berkata mayat Mohd Farizan Tajuddin 41 tahun ditemukan terdampar di kawasan berlumpur  paya bakau di kawasan Kuala Kangkong kira-kira pukul 5.50 minit petang oleh nelayan tempatan.

Manakala, mayat abangnya, Mohd Faudzi Tajuddin, 48, ditemukan kira-kira pukul 6.15 minit petang tidak jauh dari mayat pertama dijumpai.

"Kedua-dua mayat berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," kata Noor Azeyanti.

Terdahulu, pihaknya telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat sejurus menerima maklumat kehilangan kedua-dua mangsa.

Usaha mengesan turut dibantu Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta beberapa bot nelayan tempatan.

(Perahu dipukul ribut, nelayan dua beradik ditemukan lemas)

 

Media Baharu