fb fb fb fb fb

Penyelamat India temukan lebih banyak mayat di runtuhan kuil

INDIA, 17 Ogos - Pasukan penyelamat di Himachal Pradesh, India meneruskan usaha mencari dan menyelamat serta menggali lumpur dan runtuhan untuk mencari mayat di tapak runtuhan kuil, akibat tanah runtuh.

Tiga lagi mayat ditemui pada di Shimla, ibu negeri Himachal.

Pegawai hari ini berkata "lebih daripada 70 orang terbunuh dalam tanah runtuh hujung minggu lalu di Shimla, tetapi hanya 12 mayat telah ditemui setakat ini".

Hujan lebat menyebabkan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh yang mengorbankan beberapa penduduk.

Kebanyakan struktur jalan raya, kediaman runtuh dan dihanyutkan air. Bekalan elektrik serta rangkaian kereta api turut terganggu. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu