fb fb fb fb fb

Pendudukan Israel di Palestin tidak sah: ICJ

Suasana di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), The Hague pada 19 Julai 2024/AFP

THE HAGUE, 20 Julai- Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memutuskan bahawa pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin adalah tidak sah dan perlu ditamatkan dengan segera.

Pendapat Nasihat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpangkalan di The Hague itu disambut baik oleh Presiden Palestin, yang menyifatkannya sebagai bersejarah. Bagaimanapun, Israel menyelar keputusan itu sebagai keputusan pembohongan.

Kenyataan ICJ, yang dipanggil 'Pendapat Nasihat', tidak mengikat, tetapi ia dilaksanakan ketika kebimbangan yang semakin meningkat terhadap jumlah kematian dan kemusnahan dalam konflik Israel-Hamas, sejak Oktober tahun lalu.

Ia juga berkemungkinan meningkatkan tekanan diplomatik ke atas Israel, yang ahli parlimennya pada Khamis mengundi untuk menentang pewujudan negara Palestin, sekali gus menyifatkannya sebagai ancaman.

Ketua Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Nawaf Salam, berkata mahkamah mendapati bahawa kehadiran berterusan Israel di Wilayah Palestin adalah tidak sah.

"Israel bertanggungjawab untuk menamatkan pendudukannya yang menyalahi undang-undang dengan segera," kata hakim dalam keputusannya yang dibacakan di Istana Keamanan, ICJ.

Tambah ICJ, adalah menjadi kewajipan Israel untuk menghentikan serta-merta semua aktiviti penempatan baharu dan memindahkan semua peneroka dari tanah yang diduduki.

"Dasar dan amalan Israel, termasuk penyelenggaraan tembok di antara wilayah itu, "sama dengan pengilhakan sebahagian besar" wilayah yang diduduki", menurut mahkamah.

Kes berprofil tinggi dikemukakan oleh Afrika Selatan ke mahkamah mendakwa bahawa Israel telah melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai semasa serangannya di Gaza.

Afrika Selatan menerusi satu kenyataan, menyeru masyarakat antarabangsa untuk menamatkan segera pendudukan dan pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.-AFP

ROSLINA BINTI DIN