fb fb fb fb fb

Penduduk Palestin cedera ditembak Israel

Foto WAFA

JENIN,14 Julai– Seorang warga Palestin ditembak tentera Israel berhampiran pusat pemeriksaan tentera Jalameh, timur laut bandar Jenin di Tebing Barat, petang semalam.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata pihaknya sempat memberikan pertolongan cemas kepada mangsa, sebelum mangsa dipindahkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Israel terus menyerang dan menyekat kebebasan pergerakan penduduk Palestin.

Penjajah berkenaan juga telah membunuh lebih 38,000 rakyat Palestin sejak konflik Israel-Hamas bermula 7 Oktober lalu.

Konflik berkenaan turut menyebabkan kebanyakan orang awam kehilangan tempat tinggal dan berisiko mengalami kebuluran.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM