fb fb fb fb fb

'Penderitaan ini mesti berakhir' - Ketua UNICEF

Kenderaan terbakar selepas dibom rejim zionist Israel di kem Al-Mawasi/Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 14 Julai - 'Satu lagi minggu yang kejam untuk kanak-kanak di Gaza,' luah Ketua UNICEF, Catherine Russell susulan serangan terbaharu rejim zionis Israel di Khan Yunis.

Russell berkata, setiap keluarga Palestin terpaksa melarikan diri berulang kali dengan tiada tempat selamat untuk ditujui.

"Kanak-kanak mesti dilindungi, tebusan mesti dibebaskan. Penderitaan mesti berakhir," luahnya di laman X.

Semalam, Kementerian Kesihatan di Gaza mengesahkan sekurang-kurangnya 71 orang terkorban.

Manakala lebih 289 yang lain cedera dalam serangan Israel di kem Al-Mawasi.

GRACE AISYAH KEDAYAN