fb fb fb fb fb

Penduduk Maghribi sedih, bimbang kejadian gempa bumi

MAGHRIBI, 16 September- Rumah tamu Kasbah La Dame Bija di Lembah Ouirgane yang indah di Maghribi selamat daripada gempa bumi yang memusnahkan kawasan itu, tetapi tempahan pengunjung ke sana menunjukkan penurunan berikutan kejadian gempa bumi yang berlaku.

“Gempa bumi itu membunuh ramai orang dan memusnahkan kampung yang menjadi tumpuan aktiviti pelancongan kami,” kata pemilik rumah tamu Abderrahim Bouchbouk.

Gegaran pada 8 September itu mengorbankan lebih 2,900 orang.

Ia mencetuskan kebimbangan semua penduduk berikutan ekonomi wilayah itu bergantung pada pelancongan. Keadaannya ekonomi kini agak suram.

"Tiada pelancong, tiada pekerjaan, tiada pendapatan," kata pelayan sebuah cafe di perkampungan Tasa Ouirgane Mohamed Aznag.

Tasa Ouirgane turut kehilangan anak perempuannya dalam gempa bumi itu dan kini semakin bimbang kerana ia telah menjejaskan mata pencarian bagi menyara seluruh keluarganya.

Dia bercakap kepada pemberita sambil memerhatikan runtuhan rumah tamu Dar Izergane berhampiran dengan kafe tempatnya bekerja. Kini kosong tanpa pengunjung.

Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud itu memusnahkan perniagaan dan seluruh kampung menjadi timbunan tanah di wilayah yang bergantung kepada sektor pelancongan.

Pelancongan telah menawarkan pendapatan tambahan yang penting untuk ramai penduduk selain mewujudkan peluang pekerjaan.

"Itu adalah cara untuk ramai petani tempatan menjana pendapatan tambahan," kata pemilik rumah tamu Kasbah La Dame Bouchbouk.

Seorang pemandu pelancong di Ouirgane Ahmed Bassim berkata wilayah itu memerlukan pembinaan semula. "Tetapi saya harap pelancong akan tetap berkunjung sebagai solidariti kepada kami," katanya.

Wilayah itu, merupakan salah satu kawasan termiskin di Maghribi dan pilihan destinasi pelancongan popular kerana memiliki hotel mewah, pusat membeli-belah mewah dan tempat bersejarah.

Bagaimanapun, orang ramai berharap rancangan perhimpunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa, yang dijadualkan pada 9-15 Oktober di Marrakech, tidak akan terganggu berikutan kejadian gempa bumi itu.

Ketua persekutuan industri pelancongan MaghribiLahcen Zelmat berkata, acara yang telah lama dirancang itu "akan menjadi peluang untuk Maghribi mempromosikan destinasi Marrakech selepas gempa bumi."- REUTERS

(Rumah tamu Kasbah La Dame Bija kosong, selepas pelancong membatalkan tempahan/REUTERS)

Media Baharu