fb fb fb fb fb

Mesyuarat tahunan IMF, Bank Dunia diputuskan pada Isnin

WASHINGTON, 16 September- Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia akan memutuskan sama ada untuk meneruskan mesyuarat tahunan di Maghribi pada Isnin ini.

Ia berikutan gempa bumi yang melanda negara itu.

Bagaimanapun Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva memberitahu Reuters, "semakan menyeluruh" akan diadakan bagi melihat keupayaan negara itu untuk menjadi tuan rumah mesyuarat berkenaan.

Georgieva berkata dalam satu temu bual eksklusif bahawa IMF telah mencapai persetujuan peringkat kakitangan dengan Maghribi untuk menyediakan pinjaman $1.3 bilion daripada Dana Ketahanan dan Kelestarian (RST).

"Pihak berkuasa Maghribi komited sepenuhnya untuk mengadakan mesyuarat itu," kata Georgieva dalam ulasan awam pertamanya mengenai perkara itu sejak bencana itu.

Georgieva turut mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Maghribi Aziz Akhannouch, namun melahirkan kebimbangan bahawa IMF dan Bank Dunia "tidak mahu terbeban" kepada negara itu kerana ia berdepan dengan usaha pemulihan.

Tetapi Aziz Akhannouch berpendapat ia akan "memusnahkan" sektor pelancongan Maghribi sekiranya mesyuarat itu tidak diadakan di Marrakech.

Aziz Akhannouch berkata dia turut bersetuju untuk mencari cara untuk memudahkan mesyuarat jika diteruskan di Marrakech.

Mungkin mengurangkan tempoh dan mengurangkan penyertaan dalam mesyuarat itu.

"Tunggu sehingga Isnin, kami akan membuat keputusan dengan mengambil kira semua faktor. Ia berkenaan kapasiti fizikal dan logistik," kata Georgieva sambil menambah bahawa keselamatan untuk peserta bukanlah kebimbangan utama.

Georgieva berkata pinjaman RST bernilai $1.3 bilion untuk Maghribi memerlukan kelulusan daripada Lembaga Eksekutif IMF, tetapi pertimbangan lembaga mungkin akan berlaku dan mengambil masa kira-kira dua minggu, sebelum mesyuarat tahunan itu bermula.

Walaupun pinjaman itu tidak berkaitan dengan bencana gempa bumi, beliau berkata ia bertujuan membina daya tahan terhadap bencana termasuk kemarau, dan membantu membina kapasiti kewangan keseluruhan negara.

Maghribi juga mempunyai akses kepada talian kredit fleksibel bernilai $5 bilion daripada IMF, ia diluluskan pada April bertujuan untuk mengukuhkan keupayaan krisis negara itu.- REUTERS


(Kristalina Georgieva/REUTERS)

Media Baharu