NEW DELHI, 6 November- Sekolah rendah di ibu negara India, Delhi ditutup sehingga 10 November ini akibat tahap pencemaran udara yang tinggi.
Menteri Pendidikan India, Atishi Marlena berkata bagi pelajar gred enam hingga 12, sekolah akan diberikan pilihan untuk beralih kepada pelajaran dalam talian.
New Delhi kini berada di tangga teratas dalam senarai terkini bandar paling tercemar di dunia.
Selain wanita dan warga emas yang dilihat lebih berisiko terjejas akibat pencemaran udara itu, atlet juga tidak terkecuali.
Pasukan kriket Sri Lanka dan Bangladesh membatalkan sesi latihan di stadium Delhi.
Mereka berada di India untuk menyertai Piala Dunia 2023.
Krisis alam sekitar memberi kesan kepada Delhi serta bandar-bandar satelitnya seperti Faridabad, Gurugram, Ghaziabad, dan Noida, yang jumlah populasi penduduknya lebih 33 juta.
Lebih banyak bahan bertoksik dilepaskan ke atmosfera apabila beribu-ribu tan mercun dibakar sempena sambutan Deepavali.- REUTERS