fb fb fb fb fb

Pembunuhan wartawan, bekas ketua perisikan tentera dipenjara

(Bustios dilapor terbunuh semasa rondaan tentera berpakaian
biasa di wilayah Andes di Ayacucho/Foto Hiasan)

LIMA, 13 April- Mahkamah di Peru menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada bekas ketua perisikan tentera negara itu pada Khamis, atas peranannya dalam pembunuhan seorang wartawan pada 1988.

Keputusan mahkamah mendapati, Daniel Urresti Elera bersubahat dalam pembunuhan wartawan majalah mingguan Caretas, Hugo Bustios Saavedra.

Bustios dilapor terbunuh semasa rondaan tentera berpakaian biasa di wilayah Andes di Ayacucho.

Urresti bagaimanapun kekal dengan pengakuan tidak bersalah sepanjang perbicaraan.

Sebaliknya, pembunuhan wartawan itu dikaitkan dengan kumpulan pemberontak Shining Path yang aktif pada tahun 80-an dan 90-an.

Sementara itu, menurut saksi, Bustios telah sengaja menjadi sasaran rondaan, menurut Jawatankuasa Melindungi Wartawan.

Perbicaraan tersebut adalah yang kedua dalam kes sama terhadap Urresti selepas Mahkamah Agung pada 2019 membatalkan keputusan dibuat tahun sebelumnya dan telah membebaskan beliau.-AFP

(Foto Hiasan)

Media Baharu