fb fb fb fb fb

Pembunuh lolos penjara, AS pergiat usaha buru Danelo Cavalcante

PENNSYLVANIA, 12 September- Usaha memburu seorang pembunuh warga Brazil diperhebat polis Amerika Syarikat.

Pemburuan Danelo Cavalcante yang lolos dari Penjara Kaunti Chester, timur laut Pennsylvania kini masuk hari ke-12.

Pemburuan besar-besaran banduan terbabit melibatkan beratus anggota keselamatan, penggunaan helikopter, dron dan anjing pengesan.

Danelo, 34 tahun dipercayai telah mengubah penampilannya selepas mencuri sebuah van dari ladang tenusu berhampiran.

Dia dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah menikam mati teman wanitanya pada 2021 selain dia juga dikehendaki polis Brazil kerana kesalahan membunuh.

Polis percaya Danelo memiliki senjata dan memberi amaran agar penduduk menjaga keselamatan dengan mengunci semua pintu dan tingkap kediaman mereka.

Polis juga menawarkan ganjaran AS$20,000 hingga 25,000 dolar Amerika untuk maklumat mengenai keberadaan Danelo sehingga ditangkap semula.- REUTERS


(Foto Media Sosial)

Media Baharu