fb fb fb fb fb

Pelitup muka tidak diwajibkan di terminal lapangan terbang Australia

(FOTO AFP)

CANBERRA, 15 Jun- Pemakaian pelitup muka kini tidak lagi diwajibkan di terminal lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun ia masih perlu ketika berada di dalam pesawat.

Perkara tersebut dimaklumkan Kerajaan Australia pada Selasa.

Dalam satu kenyataan semalam, kerajaan persekutuan mengumumkan bahawa atas nasihat Jawatankuasa Prinsipal Perlindungan Kesihatan Australia, arahan memakai pelitup muka di terminal lapangan terbang akan dimansuhkan mulai Sabtu.

(Foto fail/ AFP)

Bagaimanapun, pengembara masih perlu memakai pelitup muka di dalam pesawat untuk mencegah penularan COVID-19.

Pengumuman itu dibuat ketika kes COVID-19 di negara tersebut terus meningkat.

Ketika ini, Australia melaporkan lebih 20,000 kes baharu COVID-19 dengan lebih 40 kematian direkodkan. -AFP

Media Baharu