fb fb fb fb fb

Pelancong terkandas di India disebabkan banjir besar

PRADESH, 12 Julai - Banyak kemudaham awam di Himachal Pradesh rosak, selepas daerah itu dilanda banjir kilat dan tanaj runtuh akibat hujan lebat, menyebabkan pelancong turut terkandas.

Beberapa jalan dan lebuh raya utama di Himachal Pradesh terpaksa ditutup selepas sebahagian besarnya dihanyutkan air dan mengalami runtuhan.

Menurut laporan pihak berkuasa dan media tempatan, sekurang-kurangnya 72 maut dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di sini, sejak 26 Jun lalu.

Ketua Negeri Sukhvinder Singh Sukhu melawat penduduk yang terjejas banjir di Kullu pada Selasa, mengatakan bahawa pihak berkuasa sedang memindahkan pelancong dari beberapa kawasan dan semua jalan akan dibuka semula.

Musim hujan di India menjadi nadi kepada ekonomi India dan kelegaan penduduk apabila air hujan dapat disalurkan ke ladang dan penyimpanan semula akungan dan akuifer.

Bagaimanapun apabila kadar hujan yang tinggi membawa kepada bencana banjir dan tanah runtuh kepada negara itu. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu