fb fb fb fb fb

PBB beri amaran sebarang provokasi di Libya akan bawa kepada pertempuran

(FOTO GAMBAR FAIL)

NEW YORK, 11 Mac - Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran sebarang provokasi di Libya akan membawa kepada pertempuran.

Penasihat Khas Setiausaha Agung PBB, Stephanie Williams menggesa semua pihak bertenang dan mengelak daripada melakukan provokasi, termasuk mengerahkan pasukan bersenjata.

(Penasihat Khas Setiausaha Agung PBB, Stephanie Williams/WIKIPEDIA)

Misi Bantuan PBB di Libya (UNSMIL) menerusi Twitter menyuarakan kebimbangan berhubung laporan, lebih ramai anggota tentera dikerah selain pergerakan besar-besaran konvoi kumpulan bersenjata di dalam dan kawasan sekitar Tripoli.

Rakaman video dan gambar tular menunjukkan konvoi anggota militia yang setia dengan Perdana Menteri yang dilantik Parlimen di timur negara itu, Fathi Bashagha bergerak menuju ke timur Tripoli. -AFP

 

Media Baharu