fb fb fb fb fb

Lebih 120 rumah rosak dibadai puting beliung di Ottawa

(Puting beliung di Barrhaven, Kanada/Reuters)

BARRHAVEN, 14 Julai- Penduduk di pinggir bandar Ottawa di sini dikejutkan dengan kejadian puting beliung yang melanda kawasan kejiranan mereka, semalam.

Environment Canada mengesahkan kejadian di sini yang terletak kira-kira 20 kilometer di selatan bandar itu.

Dalam kejadian semalam, seorang dilapor cedera ringan, manakala lebih 120 buah kediaman rosak dipukul puting beliung dengan kira-kira 1,800 penduduk terputus bekalan elektrik.

Pemangku Ketua Polis Ottawa, Steve Bell berkata, pegawai pergi dari rumah ke rumah bagi memeriksa penduduk.

Jumlah kerosakan dan kerugian dalam siasatan -Reuters

(Puting beliung di Barrhaven, Kanada/Reuters)

Media Baharu