fb fb fb fb fb

Hujan lebat cetuskan banjir di utara China

CHINA, 13 Julai - Hujan lebat di bahagian utara China menyebabkan banjir di beberapa wilayah negara itu.

Menurut media kerajaan China pada Khamis, beberapa jalan raya tenggelam dan memaksa penduduk berpindah.

Rakaman oleh penyiar kerajaan CCTV menunjukkan banjir teruk di bahagian Bandar Yuncheng, wilayah Shanxi.

Di wilayah jiran Shaanxi, Bandar Weinan seramai 1,200 orang dipindahkan.

Pihak berkuasa di wilayah Shanxi dan Shaanxi mengeluarkan amaran kecemasan tahap empat, iaitu paling rendah daripada sistem kawalan banjir empat peringkat.

China memberi amaran cuaca lebih ekstrem akibat perubahan iklim yang membabitkan lebih 40,000 orang di wilayah Sichuan, China dipindahkan akibat banjir, lapor media kerajaan pada Rabu. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu