fb fb fb fb fb

Objek dilempar ke arah PM Jepun ketika berucap

(Foto hiasan)

TOKYO, 15 April- Sebuah objek seperti paip dibaling berhampiran Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida semasa beliau sedang berucap di bandar Wakayama pada hari Sabtu.

Media Jepun, NHK melaporkan bunyi seperti letupan kedengaran di tempat kejadian.

Bagaimanapun, Kishida berlindung dan berada dalam selamat serta telah dipindahkan.

Rakaman berita menunjukkan pihak berkuasa membawa seorang lelaki keluar, ketika orang ramai sedang membersihkan kawasan tersebut.

Insiden tersebut berlaku ketika beliau memulakan ucapannya selepas melawat pelabuhan nelayan di bandar barat Jepun.-REUTERS


(Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida/REUTERS)

Media Baharu