HEBEI, 20 Mac- Kemunculan objek bercahaya aneh di langit Zhangjiakou di sini dekat China pada Januari lalu terus menimbulkan tanda tanya mengenai asal usulnya.
Penduduk yang menyaksikan kejadian itu menyifatkan objek berkenaan menyerupai seekor ular berlingkar dengan ekor bercahaya, manakala sebahagian warganet pula melihatnya seperti loceng besar tergantung di langit.
Fenomena tersebut dirakam pada 10 Januari lalu sebelum tular di media sosial.
Pihak berkuasa kecemasan menyatakan bahawa objek itu berkemungkinan berkaitan dengan pelancaran roket, namun tiada maklumat lanjut diberikan.
Dalam masa sama, tiada laporan mengenai gangguan keselamatan atau operasi di kawasan terbabit.
Sehingga kini, misteri fenomena itu masih belum terungkai. -Reuters