BAITULMAQDIS, 22 Mei -Benjamin Netanyahu terus berkeras mahu menduduki semula Semenanjung Gaza dan menolak sebarang usaha untuk menamatkan perang.
Dalam sidang media di Baitulmaqdis, Perdana Menteri Israel itu hanya bersedia untuk menangguhkan seketika serangan, itu pun semata-mata untuk membebaskan tahanan Israel di Gaza.
Sementara Hamas menyatakan kesediaan untuk membebaskan semua tahanan, dengan syarat perang dihentikan dan Gaza dibebaskan sepenuhnya.
Netanyahu pula tidak memberi ruang kepada rundingan damai, sebaliknya mahu Hamas melucutkan senjata dan Gaza terus di bawah kawalan Israel.
Pemimpin pembangkang mendakwa Netanyahu sengaja meneruskan peperangan demi kelangsungan politiknya.
Keluarga tebusan pula mengecam beliau sebagai punca ‘peluang keemasan’ untuk berdamai terus terlepas.
Dalam masa sama, hampir 54,000 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak serangan bermula, majoritinya wanita dan kanak-kanak.
Netanyahu kini berdepan waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. -REUTERS