fb fb fb fb fb

Musk beri akses pengecas Tesla kepada Ford

NEW YORK, 26 Mei- Tesla akan membuka rangkaian pengecas supernya di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada kepada kenderaan elektrik Ford mulai 2024 bagi menggandakan stesen yang tersedia untuk pelanggan Ford, kata syarikat itu pada Khamis.

"Pada awal 2024, semua pelanggan sedia ada dan pelanggan Ford akan mempunyai akses kepada 12,000 pengecas Tesla dan pengecas super berkelajuan tinggi di seluruh AS," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ford Jim Farley dalam satu pengumuman bersama pemilik Tesla, Elon Musk.

Musk berkata dia tidak mahu stesen pengecas Tesla "menjadi taman berdinding," yang menghalang pesaing daripada berkongsi produk atau teknologinya.

"Kami mahu ia menjadi sesuatu yang menyokong dalam industri pengangkutan elektrik secara umum," tambah Musk.

Di samping itu, kenderaan elekritk (EV) generasi seterusnya Ford akan menyertakan palam pengecas Tesla bagi membolehkan pemilik mengecas di stesen Tesla tanpa penyesuai, kata Farley.

Ketika ini Ford merupakan persaingan untuk Tesla, yang mula menguasai industri EV yang baru muncul.

Menurut CNBC Ford menduduki tempat kedua dalam jualan kenderaan elektrik sepenuhnya di Amerika Syarikat tahun lepas.

Bagaimanapun, Tesla telah melakukan beberapa siri pemotongan harga pada tahun 2023 dan kerana berhadapan dengan lebih banyak persaingan daripada pembuat kereta lain.

Musk pada Februari berjanji untuk menjadikan rangkaian pengecasan Tesla AS tersedia kepada jenama kenderaan elektrik lain berikutan rundingan Rumah Putih.

Tesla bersetuju untuk membuat sekurang-kurangnya 7,500 pengecas di seluruh negara dan dibuka kepada EV selain Tesla menjelang akhir 2024.- AFP

(Stesen pengecasan untuk kenderaan elektrik Tesla di Bourg-Achard/AFP)

 

Media Baharu