fb fb fb fb fb

Misi angkasa lepas Axiom 4 tamat, krew selamat mendarat di Lautan Pasifik

FOTO REUTERS

CALIFORNIA, 15 Julai – Bekas angkasawan NASA yang kini berkhidmat sebagai angkasawan persendirian, Peggy Whitson, selamat mendarat di Lautan Pasifik awal pagi Selasa selepas menyempurnakan misi kelimanya ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Beliau disertai tiga lagi angkasawan dari India, Poland dan Hungary, kesemuanya mewakili misi pertama negara masing-masing ke ISS.

Kapsul Crew Dragon milik SpaceX, yang membawa keempat-empat anggota krew, mendarat dengan bantuan payung terjun di laut yang tenang di pesisir selatan California sekitar pukul 2.30 pagi selepas melalui proses kemasukan semula atmosfera bumi selama 22 jam dari orbit.

Penerbangan pulang itu menandakan tamatnya misi keempat ISS anjuran syarikat penerbangan angkasa Axiom Space, berpangkalan di Texas, dengan kerjasama SpaceX, syarikat milik Elon Musk yang beribu pejabat berhampiran Los Angeles.

Detik pendaratan itu turut disiarkan secara langsung menerusi siaran bersama SpaceX dan Axiom.- REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE