fb fb fb fb fb

Mesir hantar pesawat bersama bantuan ke Syria

FOTO FB Egyptian Ministry of Foreign Affairs

KAHERAH, 5 Januari- Mesir pada Sabtu menghantar pesawat bantuan ke ibu negara Syria, Damsyik, buat julung kali sejak kejatuhan kerajaan Presiden Syria Bashar al-Assad awal bulan lepas, lapor Xinhua.

Pesawat awam EgyptAir itu membawa 15 tan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan dan ubat-ubatan, yang disalurkan oleh Bulan Sabit Merah Mesir kepada Bulan Sabit Merah Arab Syria, menurut kenyataan Kementerian Luar Mesir.

Bantuan itu diterima oleh Kuasa Usaha Kedutaan Mesir di Damsyik di lapangan terbang, katanya.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha Mesir untuk menyokong rakyat Syria berdasarkan hubungan bersejarah antara kedua-dua negara.- BERNAMA-XINHUA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE