fb fb fb fb fb

Menteri Luar Australia gesa gencatan senjata di Tebing Barat

Penny Wong/REUTERS

SYDNEY, 15 Januari- Menteri Luar Australia Penny Wong menyeru untuk "gencatan senjata" di Gaza ketika dia berlepas untuk lawatan ke Asia Barat yang termasuk lawatan ke Tebing Barat yang diduduki dan pertemuan dengan keluarga tebusan Israel.

Penny Wong berkata beliau akan menggunakan lawatan ke Jordan, Tebing Barat dan Emiriah Arab Bersatu untuk menyokong jalan keluar daripada konflik semasa dan keamanan berkekalan dalam bentuk penyelesaian bagi kedua-dua negara.

Australia mendesak lebih banyak bantuan kemanusiaan, perlindungan yang lebih besar terhadap orang awam dan mengurangkan ketegangan serantau, tambahnya.

"Pendirian kami ialah kami mahu melihat gencatan senjata. Gencatan senjata perlu dilakukan serta-merta sebagai langkah ke arah itu," kata Wong pada sidang akhbar sebelum pemergiannya.

"Tiada gencatan senjata bagi sebelah pihak dan tiada gencatan senjata bersyarat."

Australia menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa Berastu (PBB) untuk gencatan senjata di Gaza pada Disember lalu.

Semasa persinggahan pertamanya di Israel, Wong akan bertemu dengan pegawai kerajaan dan keluarga tebusan dan mangsa yang terselamat dalam serangan 7 Oktober lalu.

Wong akan pergi ke Jordan sebelum melawat Tebing Barat. Beliau akan bertemu wakil masyarakat yang terjejas oleh keganasan daripada serangan Israel. Australia menganggap penempatan haram bawah undang-undang antarabangsa.

"Saya akan menyatakan dengan jelas sokongan Australia terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan komitmen untuk memenuhi keperluan kemanusiaan di Gaza dan Tebing Barat," katanya.

"Saya juga akan menekankan tentangan Australia terhadap pemindahan paksa penduduk Palestin dan pandangan kami bahawa Gaza tidak boleh lagi digunakan sebagai platform untuk keganasan."- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI