fb fb fb fb fb

11 cedera, serangan peluru berpandu Rusia di sebuah hotel di Kharkiv

FOTO REUTERS

UKRAINE, 15 Januari - Dua peluru berpandu Rusia menyerang sebuah hotel tengah bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv telah mencederakan 11 orang dengan seorang parah, kata gabenor wilayah itu.

Pasukan kecemasan menunjukkan serpihan bangunan yang musnah akibat daripada serangan bom itu.

Gabenor Kharkiv Oleh Synehubov menerusi Telegramnya berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam waktu tempatan melibatkan peluru berpandu S-300 di daerah Kiev di bandar itu.

Pakar psikiatri Mykhailo Bebeshko iaitu seorang tetamu hotel, memberitahu Reuters bahawa dia diselamatkan disebabkan ketika serangan itu dia berada di bilik mandi.

“Saya tidak mendengar amaran serbuan udara, saya berada di dalam bilik air. Dan ia menyelamatkan saya. Saya jatuh dan terkena kepala saya. Kemudian saya baring di atas lantai. Semasa letupan kedua, pintu diletupkan. Nasib baik saya terbaring di atas lantai.

“Kakitangan pelbagai pertubuhan kemanusiaan dan orang biasa tinggal di sini. Saya pulang dari latihan pada waktu petang - orang ramai sedang menjamu selera. Saya melihat ada sebuah keluarga dengan anak-anak. Ada kanak-kanak juga.” kata Mykhailo.

Ketua Polis Wilayah Kharkiv Volodymyr Tymoshko berkata wartawan antarabangsa menginap di hotel itu dan salah seorang yang cedera ialah wartawan Turkiye, katanya.

Kementerian Pertahanan Rusia tidak memberi sebaran komen berhubung kejadian itu. - REUTERS

TETITIA YUSOFF