CULIACAN, 18 Julai – Pihak berkuasa Mexico memusnahkan sebuah makmal haram yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan dadah sintetik dalam satu operasi di Culiacan, Sinaloa, semalam.
Operasi bersepadu itu diketuai Tentera Laut Mexico dengan kerjasama agensi keselamatan lain, yang membawa kepada rampasan hampir satu tan methamphetamine serta pelbagai bahan kimia yang digunakan untu menghasilkan dadah.
Menurut kenyataan rasmi daripada Setiausaha Tentera Laut Mexico, tindakan tersebut memberi tamparan besar kepada kumpulan jenayah terancang dengan anggaran kerugian ekonomi mencecah 81 juta peso.
Makmal berkenaan dianggarkan seluas 80 meter panjang dan 30 meter lebar, serta berupaya menghasilkan sehingga 245 kilogram meth tambahan sekiranya tidak dikesan lebih awal.-REUTERS