ZAGREB, 20 Julai- Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh selepas ribut petir ganas melanda Bosnia, Croatia dan Slovenia berikutan suhu panas terik beberapa hari di Balkan.
Menurut polis dan laporan dalam media tempatan ribut itu mematahkan tiang elektrik dan banjir di jalanan dengan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh akibat pokok tumbang, termasuk dua kejadian di ibu negara Croatia Zagreb.
Di Zagreb pada Khamis, kru sedang membersihkan serpihan dari jalan-jalan. Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk supaya tidak melawat kawasan taman yang terjejas dengan pokok tumbang selain bekalan elektrik terputus.
Seorang pengendali kren maut akibat cedera parah akibat ribut di Zagreb.
Datuk Bandar Zagreb Tomislav Tomasevic menyifatkan ribut dengan "kekuatan dan kerosakan".pada lewat Rabu itu tidak pernah berlaku sebelum ini.
Menurut laporan media tempatan di negara jiran Slovenia, seorang turut terbunuh dihempap pokok tumbang berhampiran Tasik Bled, manakala seorang individu terbunuh di Brcko di utara Bosnia dengan punca yang tidak disahkan.- AFP
(Foto hiasan)