fb fb fb fb fb

Lima maut, kereta merempuh pengunjung pub di Sydney

Foto Hiasan

SYDNEY, 6 November- Lima orang, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan pengunjung di hadapan sebuah pub.

Polis negeri Victoria berkata, kejadian yang berlaku di Daylesford, kira-kira 110km barat laut Melbourne menyebabkan empat maut di lokasi, sementara seorang gadis maut ketika dalam perjalanan ke hospital.

SUV yang merempuh itu melintasi kawasan berumput di luar hotel Royal Daylesford, kata Ketua Polis Pesuruhjaya , Shane Patton semasa taklimat media.

"Terdapat sejumlah besar orang di sana pada masa itu, di meja ... kenderaan itu berlanggar dengan meja itu dan orang-orang di tempat kejadian," kata Patton.

Polis tidak menyatakan sama ada mangsa mempunyai kaitan dan sama ada kelajuan menjadi faktor pada peringkat ini tetapi berkata mereka yang terbunuh bukan penduduk tempatan.

Kesemua mangsa masih belum dikenal pasti secara rasmi.

Keadaan sebenar kemalangan itu masih belum dapat ditentukan, kata polis.

Pemandu itu, seorang lelaki berusia 66 tahun, dibawa ke hospital dan mengalami kecederaan ringan.

Pemandu itu diuji nafas dan didapati tiada alkohol dalam sistemnya dan polis berkata mereka merancang untuk melakukan soal siasat ke atasnya setelah dia keluar dari hospital.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI