fb fb fb fb fb

Letupan di San Cristobal, angka kematian meningkat kepada 10 orang

(Foto AFP)

SAN CRISTOBAL, 16 Ogos- Sekurang-kurangnya 10 orang maut, manakala 11 lagi masih hilang selepas letupan kuat berlaku di premis perniagaan di Republik Dominican.

Presiden Luis Abinader berkata letupan kuat pada Isnin itu menggegarkan kawasan komersial San Cristobal, kurang 30 kilometer dari ibu kota Santo Domingo.

Insiden mencetuskan kebakaran yang masih menyala beberapa jam kemudian, dengan asap tebal jelas kehilangan. Beberapa buah kenderaan turut musnah dijilat api.

Abinader yang melawat tapak kejadian turut menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mereka yang terlibat.

"Kami akan melakukan yang terbaik membantu mereka yang terkesan...untuk menyiasat keadaan 11 lagi mangsa yang masih hilang. Terdapat kira-kira 37 orang telah dimasukkan ke hospital," katanya.

Terdahulu, pihak berkuasa memberitahu seorang bayi berusia empat bulan adalah antara yang maut.

(Kira-kira 500 anggota bomba dan pegawai penyelamat
dihantar ke lokasi kejadian, dengan khidmat anjing pengesan/Foto AFP)

Gambar mereka yang hilang turut tular di media sosial, manakala berpuluh-puluh lagi mencari ahli keluarga yang hilang di hospital berdekatan.

Kira-kira 500 anggota bomba dan pegawai penyelamat dihantar ke lokasi kejadian, dengan khidmat anjing pengesan.

Sementara itu, seorang saksi, Listin Diario memberitahu tingkap rumahnya bergegar kuat dan menyangka itu adalah gempa bumi.

Media tempatan juga melaporkan sebahagian mereka yang cedera melecur sehingga 40 peratus pada badan.

Punca letupan masih dalam siasatan.-AFP

Berita berkaitan
Letupan di San Cristobal, tiga orang maut termasuk bayi

Media Baharu