fb fb fb fb fb

Letupan bergema di Gaza, serangan Israel terus musnahkan kawasan sekitar

FOTO REUTERS

GAZA, 2 Jun- Beberapa letupan kedengaran pada pagi Isnin, dengan tiang-tiang asap membumbung dari beberapa bahagian Gaza. Kejadian itu dapat dilihat dari selatan Israel.

Serangan Israel ke atas Gaza bermula kononnya sebagai tindak balas kepada serangan yang diketuai Hamas ke atas selatan Israel pada 7 Oktober 2023.

Kempennya telah memusnahkan sebahagian besar Gaza. Angka kematian mencecah lebih 54,000 rakyat Palestin setakat ini.

Selain kemusnahan yang meluas, hampir kesemua bangunan utama turut musnah akibat serangan tersebut.

Kini, sebahagian besar penduduk Gaza terpaksa berlindung dalam tempat perlindungan sementara yang dibina di kem-kem darurat akibat keadaan yang kian kritikal.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE