fb fb fb fb fb

Lelaki terpaku, beruang tiba-tiba muncul di rumah

ASHEVILLE, 17 April- Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila seekor beruang tiba-tiba muncul di hadapannya ketika dia sedang bersantai di rumah.

Menerusi kamera pengawasan, David Oppenheimer dilihat sedang membaca buku di atas sebuah kerusi di bahagan tempat letak kereta berbumbung di kediamannya.

Oppenheimer kelihatan terkejut dan terpaku sebaik melihat beruang berkenaan yang berada pada jarak hanya beberapa kaki darinya.

Dia cuba untuk berundur, namun beruang berkenaan terus mendongak ke arahnya dan kedua-duanya dilihat bertentangan mata.

(Reaksi David Oppenheimer ketika seekor beruang tiba-tiba
muncul di rumahnya / Foto REUTERS)

Bagaimanapun, selang beberapa saat, beruang berkenaan berlalu pergi dari kawasan berkenaan tanpa mencederakan Oppenheimer.-REUTERS

Media Baharu