fb fb fb fb fb

Lelaki Kedua Didakwa Culik Mangsa Selama Tiga Minggu di SoHo, Cuba Paksa Dedah Kata Laluan Bitcoin

Foto REUTERS

NEW YORK, 30 Mei - Seorang lelaki kedua telah didakwa oleh juri besar Manhattan berhubung kes penculikan mengejutkan di kawasan mewah SoHo, Manhattan, yang menyaksikan seorang mangsa diseksa selama tiga minggu dalam usaha memaksa beliau mendedahkan kata laluan bitcoin miliknya.

William Duplessie, 33 tahun, hadir sebentar di mahkamah pada Jumaat sebelum didakwa secara rasmi oleh pihak pendakwaan, hanya tiga hari selepas ditahan.

Dia didakwa bersama seorang lagi suspek, John Woeltz, yang telah didakwa sehari lebih awal.

Menurut kenyataan dari Pejabat Pendakwa Raya Manhattan, kedua-dua suspek didakwa menculik seorang lelaki pada 6 Mei lalu, merampas peralatan elektronik miliknya, serta memaksa beliau menyerahkan kata laluan bagi mengakses mata wang kripto miliknya.

Apabila mangsa enggan bekerjasama, Duplessie dan Woeltz didakwa menjalankan siri penderaan kejam termasuk menyebat dengan wayar elektrik dan menggantung mangsa di tangga townhouse mewah yang mereka gunakan sebagai lokasi tahanan.

Mangsa akhirnya berjaya melarikan diri selepas tiga minggu diseksa.

Setakat ini, kedua-dua tertuduh belum mengemukakan sebarang pengakuan, dan peguam mereka juga enggan memberikan sebarang komen kepada media.

Duplessie dan Woeltz dijadualkan kembali ke mahkamah pada 11 Jun depan untuk prosiding lanjut. - REUTERS

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE