MOSCOW, 10 Oktober- Kira-kira 10,800 penduduk di Finland akan mengalami gangguan bekalan elektrik di 91 majlis perbandaran akibat cuaca buruk, lapor Sputnik yang memetik data daripada persatuan perdagangan Tenaga Finland pada Khamis.
Pada Rabu malam, cuaca buruk menyebabkan gangguan bekalan elektrik terutamanya di timur Finland dengan lebih 30,000 penduduk terputus bekalan elektrik.
Cuaca buruk itu dilaporkan akan bergerak ke bahagian utara Finland dan berterusan sepanjang Khamis.
Kira-kira 40 milimeter hujan turun di Kepulauan Aland, dan 50 milimeter di kawasan Espoo di wilayah selatan negara itu, manakala kelajuan angin mencecah 24-27 meter sesaat.-BERNAMA-SPUTNIK