fb fb fb fb fb

Lapangan Terbang Hamburg ditutup selepas lelaki 'rempuh premis, lepas tembakan ke udara'

Lapangan Terbang Helmut Schmidt Airport di Hamburg, Jerman/ Foto fail REUTERS

HAMBURG (Germany), 5 November- Lapangan Terbang Hamburg ditutup selepas seorang lelaki bersenjata merempuh premis itu dan melepaskan dua das tembakan ke udara, kata jurucakap polis persekutuan Thomas Gerbert pada petang Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam (1900 GMT), seorang lelaki bertindak merempuh pintu pagar dengan kenderaannya dan meluru ke anjung lapangan terbang, katanya kepada agensi berita Jerman (dpa).

Lelaki itu kemudiannya melepaskan dua das tembakan ke udara. Dua kanak-kanak dipercayai berada dalam kenderaan terbabit.

Isteri lelaki itu sebelum ini dilaporkan telah menghubungi polis mengenai kemungkinan penculikan anak-anakya.

Polis peringkat negeri dan persekutuan dikerah ke lokasi kejadian, kata Gerbert.

Lapangan terbang yang sama pernah ditutup pada Oktober kerana ancaman serangan ke atas penerbangan dari Tehran ke Hamburg. -BERNAMA-dpa

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI