BISHKEK, 18 April- Kyrgyzstan menyekat platfrom media sosial TikTok sebagai usaha untuk melindungi kanak-kanak di negaranya.
Difahamkan, pengguna di negara itu telah gagal mengakses TikTok bermula hari ini.
"Apabila wartawan AFP di Kyrgyzstan cuba mengakses TikTok pada hari ini, satu mesej berbunyi: "Tidak dapat diakses, sila cuba lagi" keluar di paparan skrin mereka," menurut AFP.
Selasa lalu, Kementerian Digital Kyrgyzstan memaklumkan pemilik TikTok, ByteDance didapati gagal mematuhi keperluan undang-undang yang digariskan dalam melindungi perkembangan mental, fizikal, rohani dan moral kanak-kanak.
Bagaimanapun, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menyatakan kebimbangan terhadap keputusan itu yang dikhuatiri mengancam kebebasan bersuara media. -AFP