fb fb fb fb fb

Pembunuhan Israel di Gaza hampiri 34,000 orang

Kemusnahan yang dilakukan Israel di kejiranan Al-Daraj, Gaza City pada 16 April lalu/AFP

GAZA, 18 April- Pengeboman tentera penjajah Israel ke atas Gaza meningkat kepada hampir 34,000 kematian kebanyakkan wanita dan kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan Gaza hari ini memaklumkan, sekurang-kurangnya 33,970 orang telah terbunuh di wilayah itu selama lebih enam bulan perang antara Israel dan pejuang Hamas.

Jumlah korban tersebut termasuk kira-kira 71 kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut kenyataan.

Sementara itu, sejumlah 76,770 orang mengalami kecederaan dalam serangan Israel sejak 7 Oktober tahun lalu. -AFP

ARTIKEL BERKAITAN
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler- Erdogan

SITI AISHAH MD ISA