SUWAYDA, 21 Julai – Mayat bergelimpangan di jalanan selepas Hospital Nasional Suwayda mengumumkan perkhidmatan pentingnya lumpuh berikutan pertempuran di wilayah berkenaan.
Lebih 1,000 orang dilaporkan terbunuh sejak pertempuran antara puak Badwi dan kumpulan Druze, disusuli serangan udara Israel.
Seorang jururawat, Dana berkata, keadaan semakin kritikal.
“Kucing datang meratah cebisan mayat di hadapan kami.
Keadaan ini boleh mencetuskan wabak seperti taun. Pelitup muka pun tidak mencukupi,” kongsinya.
Tambah Dana, mereka berdepan sekatan ketat tanpa makanan, air untuk diminum atau bekalan mencuci luka.
Israel mendakwa serangan udaranya bertujuan melindungi komuniti Druze dan menuduh pasukan kerajaan bersekongkol menyerang puak itu.
Presiden Interim Syria, Ahmed al-Sharaa mengecam serangan Israel tersebut.
Beliau beri jaminan akan melindungi hak dan kebebasan komuniti Druze.
Gencatan senjata diumumkan minggu lalu selepas pasukan kerajaan turut digerakkan ke kawasan konflik.