MOSCOW, 2 November- Seekor kucing mengalami dehidrasi dan kelaparan selepas terperangkap di dalam sebuah kereta di Kremlin, di sini, Rusia, semalam.
Akhbar berita tempatan melaporkan kucing itu menghabiskan beberapa hari di dalam kereta terbabit tanpa makanan dan air, sebelum ditemukan oleh seseorang yang melalui jalan berkenaan.
Perkhidmatan kecemasan berjaya membuka pintu kereta tanpa merosakkan kenderaan tersebut.
Sehingga kini masih tidak diketahui siapa pemilik haiwan itu, namun pemilik kenderaan terbabit dilapor sedang menerima rawatan di kemudahan psikiatri.
Kucing itu kini dalam keadaan baik dan berada dalam jagaan sementara seorang pegawai yang bekerja untuk pejabat pendakwa raya di sini. -Reuters