fb fb fb fb fb

Kru FSO Safer berdepan tekanan

YAMAN, 19 Julai- Hussein Nasser segera bertindak apabila penggera kapal minyak di luar pantai Yaman dibunyikan akibat kebocoran di dalam bilik enjinnya.

Bekerja sepanjang masa selama beberapa hari, dia dan enam yang lain berada di atas jalur besi buatan FSO Safer untuk menampal paip pecah, sebelum penyelam tiba untuk memasang plat keluli kekal bagi mengelakkan air laut menenggelamkan kapal itu.

Insiden pada tahun 2020 hanyalah satu contoh kira-kira tujuh kru pelayar dan jurutera bekerja selama bertahun-tahun untuk mengekalkan kapal tangki FSO Safer yang ditinggalkan di Yaman.

Penenggelaman kapal itu, atau letupan pada kapal, akan mengeluarkan minyak yang boleh mencemarkan Laut Merah. Ia membahayakan hidupan liar, perkampungan nelayan pantai, pelabuhan dan laluan maritim.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berharap kebimbangan mengenai Safer berusia 47 tahun itu bergantung kepada pemindahan minyaknya ke kapal gantian, Nautica, yang tiba di luar pantai negara itu pada Ahad.

Bagi anggota kru kapal Safer, peristiwa yang sering diingati ialah bekalan makanan yang sedikit, tiada penghawa dingin selain tekanan berterusan yang dihadapi.

“Kebimbangan menemani kami sepanjang masa akibat keadaan kapal yang usang,” kata Nasser, seorang jurutera beruban pendek dan bermisai gelap kepada AFP.

Seperti anak kapal lain yang ditemu bual, dia bekerja untuk pihak berkuasa hal ehwal maritim Huthi.

"The Safer adalah seperti barisan hadapan dan kami terpaksa berjuang di atasnya tiada beza dengan tentera," kata Nasser.- AFP

(Orang ramai dalam bot kecil menghampiri kapal tangki minyak FSO Safer di Laut Merah/AFP)

Media Baharu