fb fb fb fb fb

KPN rangka pelbagai program, semarak perpaduan dalam masyarakat

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Pelbagai program dirangka Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam memastikan tahap perpaduan serta persefahaman diterima baik pelbagai kaum dan agama.

Untuk itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) ditubuhkan bertujuan mengukur keberkesanan pelaksanaan inisiatif dan program tahap perpaduan dan keharmonian negara.

"Ketika ini, tahap perpaduan negara dalam keadaan sederhana dan terkawal.

"Dalam menguruskan perpaduan, perkara yang paling utama adalah usaha-usaha menggalakkan persefahaman, toleransi dan hormat menghormati antara masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.

"Kementerian telah menyusun program-program di bawah Program flagship Kembara Perpaduan Malaysia MADANI bagi terus menyemarakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat," katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Merbok, Tuan Mohd Nazri Abu Hassan di Dewan Rakyat di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu