fb fb fb fb fb

Korea utara mengesahkan lancar peluru berpandu jelajah jarak jauh

FOTO AFP

SEOUL, 28 Januari- Korea Utara mengesahkan pihaknya telah membuat ujian peluru berpandu jelajah jarak jauh dan peluru berpandu balistik jarak dekat minggu ini, antara sebahagian pelancaran terbesar tahun ini.

Bulan ini sahaja, Pyongyang telah melancarkan enam ujian senjata berat termasuk peluru berpandu hipersonik, tanpa mempedulikan tawaran rundingan oleh Amerika Syarikat.

“Minggu ini, mereka (Korea Utara) menjalankan ujian tembakan untuk menguji sistem peluru berpandu jelajah jarak jauh dan menjalankan tembakan bagi menguji keberkesanan peledak konvensional untuk peluru berpandu taktikal permukaan ke permukaan,” menurut laporan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Menurut KCNA, ujian yang dibuat pada Selasa lalu melibatkan peluru berpandu jelajah jarak jauh ke Laut Timur atau Laut Jepun dan mengenai sasaran di kedudukan 1,800 kilometer dari lokasi pelancaran.  

Pelancaran pada Khamis pula melibatkan peluru berpandu balistik jarak dekat, mengenai sasaran membuktikan bahawa letupan yang terhasil daripada peledak konvensional menepati keperluan reka bentuk.

Siri ujian senjata berat bulan ini adalah susulan daripada ucapan penting pemimpin parti pemerintah Kim Jong Un yang menyatakan komitmen untuk memodenkan sistem pertahanan negara. -AFP

Media Baharu