fb fb fb fb fb

Korea Selatan, Indonesia teruskan kerjasama keselamatan ketenteraan

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto (kiri) dan Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung/REUTERS

GYEONGJU, 1 November – Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung pada Sabtu menyatakan harapan agar hubungan keselamatan ketenteraan antara Korea Selatan dan Indonesia dapat diteruskan, berasaskan projek sedia ada seperti pembangunan bersama pesawat pejuang, menurut kenyataan Pejabat Presiden Korea Selatan.

Lee menyampaikan hasrat tersebut ketika bertemu Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dalam satu sidang kemuncak yang diadakan di luar Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Gyeongju, Korea Selatan.

Kedua-dua negara sebelum ini menandatangani perjanjian pembangunan bersama pesawat pejuang KF-21 sedekad lalu.

Sejak itu, Korea Selatan dan Indonesia telah mencapai persetujuan untuk mengurangkan sumbangan kewangan Indonesia terhadap projek tersebut. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN