fb fb fb fb fb

Korban banjir baharu di Pakistan, lebih 63 maut, 300 cedera

Hujan lebat di Pakistan menyebabkan berlakunya banjir dan kerosakan struktur bangunan/Foto Reuters

PUNJAB, 18 Julai - Sekurang-kurangnya 63 lagi individu maut semalam, sementara lebih 300 lagi cedera susulan hujan lebat akibat monsun yang melanda seluruh wilayah tersebut.

Hujan lebat menyebabkan berlakunya banjir dan kerosakan struktur bangunan dan kebanyakan kematian berpunca daripada runtuhan bumbung rumah

Di Lahore, ibu kota wilayah timur, melaporkan 15 kematian, Faisalabad, 9 dan beberapa lagi bandar pertanian seperti Okara, Sahiwal dan Pakpattan.

Sejak akhir Jun, hujan monsun telah membunuh 103 orang dan mencederakan 393 di Punjab sahaja.

Menurut pihak berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA), lebih 120 rumah rosak.

Jabatan Meteorologi Pakistan telah mengeluarkan amaran banjir untuk Sungai Jhelum di bandar Mangla, di mana aliran masuk air dijangka meningkat ke paras tertinggi.

Pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa sungai bersebelahan juga boleh melimpah dalam 24 jam akan datang, meletakkan komuniti berhampiran dalam risiko.-REUTERS

ASHRIQ FAHMY AHMAD