fb fb fb fb fb

Konsep Malaysia Madani, pupuk jalinan muhibah dalam masyarakat

SUNGAI PETANI, 20 Mei- Konsep Malaysia Madani terus disuburkan dengan nilai perpaduan yang tinggi dalam kalangan rakyat negara ini.

Ia turut dizahirkan sebuah pertubuhan NGO iaitu Pertubuhan Amal Dan Ukhwah Se-Malaysia (PADUKA SEMALAYSIA) pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di sini malam tadi.

Presiden PADUKA SEMALAYSIA, Datuk Kasturi Raja Datuk Abdul Majid berkata kehadiran semua kaum pada majlis ini membuktikan semangat ukhwah yang jitu dalam kalangan mereka.

"Konsep ini juga dapat memupuk jalinan muhibah dengan mengamalkan sikap toleransi dalam membina masyarakat Madani yang bersatu padu," katanya kepada pemberita di sini.

Lebih menarik hampir 10,000 tetamu memeriahkan majlis tersebut yang bermula dari pukul 8.00 hingga 12.00 tengah malam itu.

Selain menjamu selera, tetamu yang hadir turut dipersembahan pertunjukan silat dan nyanyian.

Sejak ditubuhkan sejak 15 tahun lalu, PADUKA SEMALAYSIA turut mengadakan pelbagai program kemasyarakat disamping membantu mereka yang memerlukan.


(Selain menjamu selera, tetamu yang hadir turut dipersembahan
pertunjukan silat dan nyanyian)

Media Baharu